Tan Chong dapat 2 pengiktirafan
18/9/2009 5:35:34 PM
ETCM
KILANG pemasangan Nissan di serendah, Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) minggu ini dianugerahkan dengan dua pengiktirafan ISO; ISO 14001:2004 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) dan ISO 9001:2000 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS).
Pensijilan ini menjadi tanda aras kepada komitmen TCMA untuk memberi sepenuh perhatian terhadap dua isu itu dalam operasinya, yang bukan saja menepati standard antarabangsa, malah turut mengikuti garis pandan tegas ‘Nissan Production Way’ (NPW).
TCMA Serendah adalah kilang automotif pertama yang diiktirafkan dengan dua pensijilan sekali gus. Dengan perkembangaan ini, ia akan meningkatkan credibility mereka bagi mengeluarkan kenderaan yang berkualiti dan bukan hanya mementingkan keuntungan semata.
|
|